template





Friday 18 April 2014

Make up Tunang- jum conteng Muka jum!!

Conteng Muka?? yang ak maksud kan sbnarnya (make up) muke...
solek2...bagi touch up mane yang perlu.
aku bukan kaki make up, pergi kerja pun ak x make up
keluar jalan pon x make up...
abes tu?? make up sape lak ni??

haa...ada sorang bff mau tunang katanya,
bakal encik tunang tak mau tebal2 make up nyer
mau nmpak natural sahaja
die mntak aku tolong make up katanya
aku tolong scara percuma, sbagai platform mulekan kerjaya..

sebelum ni, belajar make up sendiri-sendiri je
agak2 conteng2 cam kat kertas lukisan
member2 excited n berbakat katanya,
suh ak cuba2 make upkan mereka

cerita tunang td?? aku terima n mencuba
takut2 x jadi, aku pon laburkan wang amik klas dgn kawan sekerja
kak miza namanya, ad butik pengantin yg diusahakn bersama2 suami tercinta
kawan @jiran ak jadikan mgsa tok model masa kelas make up tu...die redha je..
thanx yer cik nabila sbb sudi jadi model sy ^___^
inilah hasilnya....
majlis tunang selamat sudah...alhamdulillah semua berjalan lancar
janji diikat selama setahun, mudah2an kekal selamanya
ini dia si tunang orang....













sambil2 bercerita boleh promote gak ni...kekeke...ak cuma buat tok make up tunang & dinner...
harge boleh runding punya...make up boleh test dulu..tapi hanya KL-KLANG-SHAH ALAM area saje...
berminat bole beritahu.. :)








Video Kawen ^___^

Balik je dari keje, lepas settle semua urusan, aku pon belek2 hp
bukak folder video, tengok balik koleksi2 video yang ak pernah edit
Aku bukan la budak yang amik multimedia,
hanya minat yang membawa aku untuk dijadikan hobi.

video aku x professional
mule2 bikin guna handphone jer...
lama2 aku upgrade pakai alpha 3000 (sony).
aku x de slider, aku x de flycam,
berbekalkan tripod yang dapat percuma, aku gigih shoot video.
video ape eh??

ade sorang member,
kawin di usia muda, die buat kecil2 an je katanyer...
x upah photographer, just mtk jasa baik member2...
aku offer tok jd vdeographer...
tapi bukan professional punya..
video editor pon x full version..
siap ade watermark lagi...hahahaha

tapi die sangat happy x terkata
sbb aku sudi rakamkan kenangan terindah die then editkan plak jadi video.
mulanya die nak bayar..tapi aku kata x perlu
sebab itu umpama hadiah kawen die daripada aku..

sebab bz bekerja, lame jgk amik masa nak siapkan video tu
nak pilih part2 yang x goyang, nak pilih part2 yang cun
mmg x senang nak shoot video...ini baru 7-8 minit punya video
kalau filem??? hahahaha...tapi, filem ade crew...aku lak lone ranger!!

dengan x berbaju kurung, aku redah g kenduri die, pkai jeans n kemeja
orang pandang agak pelik sebab pempuan hurung camera ke hulu ke hilir dgn tripod skali.
nak diikutkan malu mmg x jadi...so..redahkan saje...ngeeee
outdoor shooting pon aku layankan jer....

ini la hasilnya....


 sebelum publish post ni..aku test preview dulu
tapi ak kureng puas ati sebab video x clear gmbarnyer...
jadi cam kabur2 gitu...mgkin internet ak x laju kot...hahahaha
ape2 pon, layankan saje la video yg x seberapa ni...




Wednesday 16 April 2014

SERAI oOoo SERAI~~

  

Hiii!! sebelum tido...tetibe teringat lak aku pasal air serai ni..nak kongsi sikit la. tapi aku x mo kongsi info sihat tentang serai...tu korang bole tya MR GOOGLE yang kacak lagi bergaya...

last week..ak secara terpaksa dan dipaksa memasuki pertandingan masakan menu sihat kat hospital tempat aku keje..so team ak bergabung la dari 3 department.tugas dibahagi2 kan sama rata..akhirnya, aku n partner aku yang satu unit tu dapat tugas sediakan minuman sihat. bhahahahahaah....aku yang x berapa suke minuman pelik2 ni disuruhnya cari idea buat minuman sihat?? memang mati kutu lerrr... syukur la partner yang digandingkan bersama ni pernah masuk prtandingan macam ni satu ketika dulu.

Dia cadangkan buat air SERAI. ak mule2 dengar...errr...SERAI??? pening pale rase..sbb kami kene test sblm bertanding..test rasa air tu sendiri..boss lak suh ramai2 bg cadangan lain. macam2 yang kluar..mango+ yougrt la... paling x bole tahan, nenas+pisang+mangga+ ygrt. mgkin org yang suka buah2 tu akan suke minum..tp aku??? arrggghhh...stress sebab drinks je...stress..tapi depan2...senyum je mampu...dlm ati (tekak aku ssh nk telan bnde pelik2!!! wawawawaaaa)

                                            hmmm...xpe2...nanti kite cube yer semua air2 tuuuu....(thumbs up!!)

Akhirnya, hari test air pon tiba...bile aku bau n tgk je rupe2 air tu semua aku trus rase lemau...adehh cam ne nak test nii....abes test...air serai je ak x test...cenggini reaction aku...


                                         huaaaaaaa...jgn suh aku continue minum air serai tu!!...sob3...

ak larikan diri dari pantri..hahahaha tanpa rasa air serai tu..end up, undi berpihak pada air serai..ramai yang cakap sedap..so kami pon buat la air tu masa pertandingan..nak x nak..kne gak aku rasa masa tu...pehhhh..mmg truely sdap tu....nak2 bile tmbah ais...heeeee


cara2 buat air tu... bancuh madu dgn air panas, perah kan lemon, ketuk serai, masuk n gaul dalm air..secukup rasa...ikut citarasa masing2..mmg menygarkan air ni...cuba lah. rasa sekali pasti nak lagi!! 

keputusan pertandingan tu?? kami dpt no 1!! bile tya juri...juri kate sbb air tu sdapp...hahaha..walaupon skdar mmbantu..ttp rasa happy...kekeke...

okehhh...slmt mencuba yerrr

 

StRoke dan Rehabilitasi!!

           (sumber gambar: daripada koleksi simpanan kawan2..hakcipta terpelihara...)
Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera!! intro?? x perlu rasanya...tapi lama da aku x buat pape entry tok blog ni. Actually dulu ak buat blog sebab agak stress masa study..jadi buat semata2 menjadi hobi di masa kelapangan. Alhamdulillah, syukur...julai 2013, ak telahpun diterima bekerja di salah sebuah hospital dalam malaysia sebagai seorang penjawat awam di bawah kementerian kesihatan. cukuplah sekadar ak beritahu keje ak adalah sebagai seorang 'therapist'. Sebelum ni aku agak bz dengan final semester, lepas tu bz cuti, then bz kerja. sekarang ni tetiba rasa bole ak kongsikan sesuatu info kesihatan buat orang ramai. mungkin info ni x seberapa penting bagi sesetengah orang..tapi bole jadi sangat penting pada sesetengah orang.

Info yang akan aku beritahu dalam ni mungkin tak sama macam wikipedia ataupon journal2 mahupun artikel2 yang ada kat laman sesawang..tapi just sedikit cerita dalam bahasa yang mudah difahami, tanpa banyak menggunakan medical term.

STROKE. apa yang anda semua faham tentang stroke? tau ke anda2 semua apa punca strok? rawatan? komplikasi dan sebagainya?

So, kat sini aku akan bagi sedikit pengenalan ringkas buat orang AWAM yang tak tahu apa itu stroke.sekali lagi ak jelaskan, aku hanya akan ceritakan dalam bahasa yang mudah.jadinya buat para2 student medical yang nak buat rujukan, jangan sesekali rujuk sini,... hahahaha...g cari journal yang ade evidence based yer adik2...

so aku mulakan dengan  PENGENALAN STROKE. menurut WHO stroke merupakan gangguan pada fungsi otak yang berlaku secara berperingkat ataupun mendadak akibat daripada gangguan peredaran darah ke otak.

 (gambar menunjukkan antara tanda2 stroke ;pening, confuse, percakapan terganggu/ tak boleh cakap langsung,badan rasa lemah x bermaya, kelemahan pada otot muka, tangan dan kaki. kebiasaannya muka senget sebelah, tangan/kaki susah nak angkat/ tak boleh gerak. boleh jadi juga melibatkan masalah penglihatan).

APA PUNCA??? antara penyebab utama nye adalah tekanan darah tiggi, cholestrol yang tggi, diabetis, dll.tapi 3 penyakit ni mmg antara punca utama.jadi...kawal2 la penyakit 3 serangkai ni...ubat perlu jaga n pemakanan perlu kawal yerrr.....

Ia terbahagi kepada dua iaitu ischaemic stroke dan juga hemorrhage stroke.

seperti dalam gambar kat atas tu tunjuk, ischaemic stroke tu terjadi disebabkan oleh ketulan/ clot  menyumbat saluran darah yang membawa bekalan darah ke otak. jadi, bekalan darah yang cukup tak dapat sampai ke otak. Hemorrhagic stroke pulak jadi disebabbkan oleh pendarahan didalam otak (yang bole jadi kerana salur darah pecah akibat tekanan darah yang terlampau tinggi). bila pendarahan berlaku...ia akan merebak ke tisu2 otak yang berhampiran..& boleh menyebabkan kematian tisu2 tersebut.

Apa pula kaitan tisu otak mati dan kurang bekalan darah ke otak bole mnyebabkan orang strok x boleh jaln n sebagainya??



Camni ceritanya,otak kita memerlukan bekalan darah(beroksigen) yang cukup untuk terus memastikan ia dpt menjalankan kerja2 hariannya. bila terdapat gangguan bekalan darah ke otak ( darah beroksigen x smpai ke otak) untuk beberapa saat sahaja (5-10 saat) boleh mnyebabkan tisu2 otak rosak. otak manusia ni terbahagi kepada banyak bahagian yang mengawal seluruh anggota badan. jadinya bila bahagian2 tertentu tu rosak, fungsi otak kat bahagian tu akan terganggu. tu lah jadinya pesakit stroke x bole jalan...ade x boleh duduk , x bole cakap n macam2 lagila. kemerosotan fungsi tubuh badan tu bergantungla pada besar mana kerosakan tisu otak .

Tuu diaaaa....gambar atas ni dipanggil homunculus. apa tu yer?? lain kali akan aku ceritakan bila ad kesempatan..tp rasa2 korang bole google kot,,,hahahahaha.

walaumacamnepon, otak manusia ni ada fasa recovery (penyembuhan) yang tersendiri. sebab tu kadang2 ada pesakit stroke yang x pergi buat rawatan n just beraktiviti dirumah still bole jalan dan bergerak. dalam tempoh 6 bulan pertama selepas strok, itu la masa paling cepat berlakunya proses self recovery otak tu untuk pesakit stroke. bukan nya aku nak kata pas 6 bulan tu da x de proses pemulihan, ada~~ tapi ia x secepat 6 bulan pertama tu. antara faktor lain yang mempengaruhi proses penyembuhan adalah usia..biasanya, lagi meningkat usia...paham2 la kan...huhu.

Itu lah sebab tajuk entry ni STROKE dan REHABILITASI. walaupun otak manusia ada fasa penyembuhan yang tersendiri, terdapat beberapa faktor yang bole mempengaruhi proses penyembuhan tu. antaranya, latihan yang berulang2...sebab tu la perlunya orang yang kene stroke, bila da keluar hspital, da stabil, mereka perlu pergi terapi. antara terapi2 yang dimaksudkan macam fisioterapi, yang bertanggungjawab dalam pemulihan anggota fizikal macam menguatkan kembali otot yang lemah semaksima yang mgkin,latihan berjalan, duduk, keseimbangan dll, occupational therapy yang bertanggungjawab untuk melatih aktiviti kehidupan seharian macam makan, mandi, masak, sikat rambut, dll, speech therapy yang memberi latihan percakapan dan menguatkan otot menelan bg yang x bole telan makanan, &audio therapy.

APA jadi bila x buat terapi dan hanya duduk terbaring x bergerak kat rumah?? perbuatan tu just mengundang kepada komplikasi lain macam contracture( masalah pada sendi- dimana semua sendi2 mengeras dan susah nak diluruskan atau digerakkan), pressure sore (kudis tekanan) sebab baring terlalu lama, kulit tu x dpt pengudaraan yg ckup, melecet n last2 luka., masalah respiratori sebab paru2 x berkembang dengan baik akibat baring semata2 & banyak lagi.

Macamne la nak dapatkan refferal untuk therapy tu yer?? biasanya keluar je dari wad, doctor akan bg surat refer.tp,,ade jgak sesetngah kes yang terlepas pndang sbb  kurang mendapat penjelasan yang tepat.bagi yang x dapat tu, boleh pergi klinik kesihatan terdekat untuk jalani pemeriksaan dan dapatkan surat rujukan untuk dirujuk pada therapist.

Ermmm rasanya tu je yang ak dapt kongsikan buat masa ni..mata pon da mengantuk nih.. PALING PENTING, kalau ada tanda2 mcm gmbar kat atas tadi...cepat2 bawak ke hospital yer....jangan tangguh2...semoga sikit info sempoi ni dapat mmbantu anda2 semua untuk faham sedikit tentang stroke yer...

walaupun kebanyakan yang kene adalah 40 tahun ke ats, jangan sangka 30 thn ke bawah selamat sebab ada kes umur 23 tahun pon kene strok sbb habit minum AIR BIKARBONAT yang teruk...kene diabetis then terus stroke...

so pesan aku...sama2 la kite jaga kesihatan di masa muda..^___^
pada therapist@ mmber sekerja dlm gambor 1st tu..maap la bro...aku ingat mula2 nak tayang je muke ko...tapi takut ko glamour sgt nt...so aku tampal sket kasi cute ++......takut kne saman lak nt...hahaha..adiosss...cabot dulu...sekian~~~~