template





Wednesday 16 April 2014

StRoke dan Rehabilitasi!!

           (sumber gambar: daripada koleksi simpanan kawan2..hakcipta terpelihara...)
Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera!! intro?? x perlu rasanya...tapi lama da aku x buat pape entry tok blog ni. Actually dulu ak buat blog sebab agak stress masa study..jadi buat semata2 menjadi hobi di masa kelapangan. Alhamdulillah, syukur...julai 2013, ak telahpun diterima bekerja di salah sebuah hospital dalam malaysia sebagai seorang penjawat awam di bawah kementerian kesihatan. cukuplah sekadar ak beritahu keje ak adalah sebagai seorang 'therapist'. Sebelum ni aku agak bz dengan final semester, lepas tu bz cuti, then bz kerja. sekarang ni tetiba rasa bole ak kongsikan sesuatu info kesihatan buat orang ramai. mungkin info ni x seberapa penting bagi sesetengah orang..tapi bole jadi sangat penting pada sesetengah orang.

Info yang akan aku beritahu dalam ni mungkin tak sama macam wikipedia ataupon journal2 mahupun artikel2 yang ada kat laman sesawang..tapi just sedikit cerita dalam bahasa yang mudah difahami, tanpa banyak menggunakan medical term.

STROKE. apa yang anda semua faham tentang stroke? tau ke anda2 semua apa punca strok? rawatan? komplikasi dan sebagainya?

So, kat sini aku akan bagi sedikit pengenalan ringkas buat orang AWAM yang tak tahu apa itu stroke.sekali lagi ak jelaskan, aku hanya akan ceritakan dalam bahasa yang mudah.jadinya buat para2 student medical yang nak buat rujukan, jangan sesekali rujuk sini,... hahahaha...g cari journal yang ade evidence based yer adik2...

so aku mulakan dengan  PENGENALAN STROKE. menurut WHO stroke merupakan gangguan pada fungsi otak yang berlaku secara berperingkat ataupun mendadak akibat daripada gangguan peredaran darah ke otak.

 (gambar menunjukkan antara tanda2 stroke ;pening, confuse, percakapan terganggu/ tak boleh cakap langsung,badan rasa lemah x bermaya, kelemahan pada otot muka, tangan dan kaki. kebiasaannya muka senget sebelah, tangan/kaki susah nak angkat/ tak boleh gerak. boleh jadi juga melibatkan masalah penglihatan).

APA PUNCA??? antara penyebab utama nye adalah tekanan darah tiggi, cholestrol yang tggi, diabetis, dll.tapi 3 penyakit ni mmg antara punca utama.jadi...kawal2 la penyakit 3 serangkai ni...ubat perlu jaga n pemakanan perlu kawal yerrr.....

Ia terbahagi kepada dua iaitu ischaemic stroke dan juga hemorrhage stroke.

seperti dalam gambar kat atas tu tunjuk, ischaemic stroke tu terjadi disebabkan oleh ketulan/ clot  menyumbat saluran darah yang membawa bekalan darah ke otak. jadi, bekalan darah yang cukup tak dapat sampai ke otak. Hemorrhagic stroke pulak jadi disebabbkan oleh pendarahan didalam otak (yang bole jadi kerana salur darah pecah akibat tekanan darah yang terlampau tinggi). bila pendarahan berlaku...ia akan merebak ke tisu2 otak yang berhampiran..& boleh menyebabkan kematian tisu2 tersebut.

Apa pula kaitan tisu otak mati dan kurang bekalan darah ke otak bole mnyebabkan orang strok x boleh jaln n sebagainya??



Camni ceritanya,otak kita memerlukan bekalan darah(beroksigen) yang cukup untuk terus memastikan ia dpt menjalankan kerja2 hariannya. bila terdapat gangguan bekalan darah ke otak ( darah beroksigen x smpai ke otak) untuk beberapa saat sahaja (5-10 saat) boleh mnyebabkan tisu2 otak rosak. otak manusia ni terbahagi kepada banyak bahagian yang mengawal seluruh anggota badan. jadinya bila bahagian2 tertentu tu rosak, fungsi otak kat bahagian tu akan terganggu. tu lah jadinya pesakit stroke x bole jalan...ade x boleh duduk , x bole cakap n macam2 lagila. kemerosotan fungsi tubuh badan tu bergantungla pada besar mana kerosakan tisu otak .

Tuu diaaaa....gambar atas ni dipanggil homunculus. apa tu yer?? lain kali akan aku ceritakan bila ad kesempatan..tp rasa2 korang bole google kot,,,hahahahaha.

walaumacamnepon, otak manusia ni ada fasa recovery (penyembuhan) yang tersendiri. sebab tu kadang2 ada pesakit stroke yang x pergi buat rawatan n just beraktiviti dirumah still bole jalan dan bergerak. dalam tempoh 6 bulan pertama selepas strok, itu la masa paling cepat berlakunya proses self recovery otak tu untuk pesakit stroke. bukan nya aku nak kata pas 6 bulan tu da x de proses pemulihan, ada~~ tapi ia x secepat 6 bulan pertama tu. antara faktor lain yang mempengaruhi proses penyembuhan adalah usia..biasanya, lagi meningkat usia...paham2 la kan...huhu.

Itu lah sebab tajuk entry ni STROKE dan REHABILITASI. walaupun otak manusia ada fasa penyembuhan yang tersendiri, terdapat beberapa faktor yang bole mempengaruhi proses penyembuhan tu. antaranya, latihan yang berulang2...sebab tu la perlunya orang yang kene stroke, bila da keluar hspital, da stabil, mereka perlu pergi terapi. antara terapi2 yang dimaksudkan macam fisioterapi, yang bertanggungjawab dalam pemulihan anggota fizikal macam menguatkan kembali otot yang lemah semaksima yang mgkin,latihan berjalan, duduk, keseimbangan dll, occupational therapy yang bertanggungjawab untuk melatih aktiviti kehidupan seharian macam makan, mandi, masak, sikat rambut, dll, speech therapy yang memberi latihan percakapan dan menguatkan otot menelan bg yang x bole telan makanan, &audio therapy.

APA jadi bila x buat terapi dan hanya duduk terbaring x bergerak kat rumah?? perbuatan tu just mengundang kepada komplikasi lain macam contracture( masalah pada sendi- dimana semua sendi2 mengeras dan susah nak diluruskan atau digerakkan), pressure sore (kudis tekanan) sebab baring terlalu lama, kulit tu x dpt pengudaraan yg ckup, melecet n last2 luka., masalah respiratori sebab paru2 x berkembang dengan baik akibat baring semata2 & banyak lagi.

Macamne la nak dapatkan refferal untuk therapy tu yer?? biasanya keluar je dari wad, doctor akan bg surat refer.tp,,ade jgak sesetngah kes yang terlepas pndang sbb  kurang mendapat penjelasan yang tepat.bagi yang x dapat tu, boleh pergi klinik kesihatan terdekat untuk jalani pemeriksaan dan dapatkan surat rujukan untuk dirujuk pada therapist.

Ermmm rasanya tu je yang ak dapt kongsikan buat masa ni..mata pon da mengantuk nih.. PALING PENTING, kalau ada tanda2 mcm gmbar kat atas tadi...cepat2 bawak ke hospital yer....jangan tangguh2...semoga sikit info sempoi ni dapat mmbantu anda2 semua untuk faham sedikit tentang stroke yer...

walaupun kebanyakan yang kene adalah 40 tahun ke ats, jangan sangka 30 thn ke bawah selamat sebab ada kes umur 23 tahun pon kene strok sbb habit minum AIR BIKARBONAT yang teruk...kene diabetis then terus stroke...

so pesan aku...sama2 la kite jaga kesihatan di masa muda..^___^
pada therapist@ mmber sekerja dlm gambor 1st tu..maap la bro...aku ingat mula2 nak tayang je muke ko...tapi takut ko glamour sgt nt...so aku tampal sket kasi cute ++......takut kne saman lak nt...hahaha..adiosss...cabot dulu...sekian~~~~

No comments:

Post a Comment